BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

lelaki.

ini adalah lelaki handsome dihatiku. sila jgn ambil! :) HAHA


Onew - SHINee

 


Chang Min - DBSK




Kyuhyun- Super Junior




Bobby Campo- The Final Destination




Lee Min Ho - SHINee 


almost korean star lah, bobby campo sorang jerk mat salleh. 
one more thing, ta payah la korang na pilih2 yehh.
haha XD


suka sume di atas ini! 
silalah jgn jeles dgn ketampanan yg mereka miliki.


p/s ; saje show off diorg neh. :)


Tuesday, September 29, 2009

berbuka puase mase ramadhan tahun ini .

agak lambat update this cerita stuff.
coz tade gmbar tuk ditonjolkan. haha :D
 
jadi pada tarikh 29.09.09 aku update. 
btw, today naura's birthday. 



 
ni antara gelagat berbuka puasa ari tuhh

Monday, September 28, 2009

facebook !



aku baru buat facebook semalam ouhh.still tgah explore facebook. myspace da bosan lahh. so tukar channel la weyhh. hoho. XD 


sesiapa yang ada facebook. jangan la gedik2 tak add aku.
nah, amek kauu
fyfahshinee@yahoo.com

meh la join facebook. leh main game ohh. and and, sesape yg baek hati nk ajar aku nk facebooking neh> ade tak? angkat tangan ko! :)

hoho. pape pon, usha la facebook aku yah? nnt kite jmpe sane la yehhh.

salam~ 

Saturday, September 26, 2009

What a Day ! :)


                                                       ketika beraya di rumah aku.
kan blog bawah aku nih tulis yang aku bakal keluar bersama2 kwn2 pegy beraya, yeahh. akhirnya aku malas2 pon pegy la gaks, 5 buah rumah sekali tuhhh. RAYA SAKAN la katekan !


first pegi rumah athirah, makan mee kari, shodapp! :) thanks tirah.
dapat duet raye beb, lumayan tol gi umah athirah nehh. terima kaseh mak cik! 
HAHA XD

 then, pegy ruma kak k-run pulok. haha, nak masok tuh, haiyakk, org da rmai datang,

kawan2 kak k-run ahh, senior2 kteorg. punye ahh malu, mcm tanak jea masok! aleh2, masok la gak, tp tak dduk bersama dgn mereka la, duduk kt ruang laen, 
lupe lak nk bgtau yg dtg ialah : afifah, athirah, musfirah, izzati, aisya, hazwani.
makan mihun kt rumah kak k-run. :D


alang2 tuh, rumah azila sebelah je. usha la pegi umah azila, beraya sekali. :)
hehe, azila mcm ta mandi je lgy mase kteorg dtg. HAHA. 
thanks ye azila, layan gak kteorg, dsebabkan kteorg dtg tnpa dundang, jadi makanan pon 
makan kueh raya saje laaa XD tapi sedappp laaahh 


perjalanan diterusankan lagy ke rumah asyiqin , berjalan kaki oh, ikot jalan KOK DOH laks tuhh. naseb baek tade anjing yg mnyerang kami sume. HAHA. thanks ANJING. :P




da smpai umah syiqin plak, huuu. guess what? ellisal dan dhira comel ponn ade kt situ gaks.
haha. sume jeri2, sebab agak teruja jmpe member lame. HAHA
ellisal ; makin cantek menawan
nadhira ; dikenalai sbg dhira comel dan maseh rock dan laser! hahaha
syiqin ; you are still da besh sayang! maintain jea :)
mak syiqin ; maseh melayanku dan mengingatiku. thanks mak syiqin 
macam2 giler berborak ohhh, kenangan2 dan cerita2 baru muncul lahh. 
pot pet pot pet sumenyaa. gelak ketawa mmg tak henti henti! love that moment :D


suddenly, maizatunnur tiba! ohhh, rindunya pada maiza. haaa XD
kau makin cun lahhh. heee. mcm ustazah, ko mmg sgt solehah dr dulu . hehe
dan dlm kul 3 pulak, org yg paling aku tunggu2 pon tiba, Noor Adila Ali. adila berpakaian merah menyala. heee, rindu gler same kauu. akhirnya jmpe gaks. tp dlm mase yg same. aku sgt malu ahh ngan kau. tak biase kot. sbb da alme x jmpe. padahal hati mmbuak2 nk berborak ngan ko! :)



                                        we're best fren forever sayang!! 


pastu, gi umah zaty pulakk. makan nasi goreng bersama ayam rendang, 
fullamak, sedapp ah cik zah. :) hehe
keadaan rumah izzaty sgt la meriah kerana kehadiran seorg budak merangkap adek izzaty.
si bongsu shaidatul alisya :)



                                            nih la budak comel nehh


di ruma izzaty juge, aku dan ika exercise. haha. ade treatmill and bicycle. kteorg bantai ahh benda tuhh. HAHA
wani plak kena gigit ngan hamster. cian kak wani. 'alisya, cepat pujuk kak wani?' haha


kat rumah pipah plak, aku la tuhh.
diorg sume kekenyangan. so aku bg air jea.
alisya lak giler kecoh ohh, kau sgt la peramah! haha. sayang alisya :)
hehe 


 
afifah,adila, dhira comel



sahabat handai

 


afifah bersama-sama rakan-rakan



Friday, September 25, 2009

today, September 26

the date shows that i will going to school soon.

ohhh, i'm totally not ready lahh.


first thing that we (SPM victim) must face is result.

trial SPM results.

it freak me out laaa. 


btw, today is nur farah asyiqin binti hamdan birthday.

Happy birthday syiqin. sweet 17 years old dear.

iloveyousomuchh! :)


today, asyiqin ang kak kerun mengajak beraya dirumah, terasa malas pulak mau pegy.

tp sume tgh tnggu jwpn dari aku skrg nehh, (org penting nehh,HAHA)


oke lah, mau pergi bersiap. HAHA



salam~

What a long journey during Hari Raya

bismillahhirrahmanirrahim, 
(menghindarkan diri daripada syaitan yang akan menggodaku ketika sedang menulis blog ini)


          SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN




journey starts ; 19 September 2009

it was night, my family and i begin our journey at 9.00 p.m. Papa kate balek Ipoh dulu kemudian baru bertolak ke Kelantan.yang laen pada kali ini ialah kteorg bawa dua buah keta sekali balek. keluarga besar and rmai. bawak byk barang,
my kakak and my daddy la drive. gilir2 tukar kereta la. maklumlah. nk berjalan jaohh.malam tuh, mcm biase jea. balek Ipoh biase lah, 3 jam jea da smpai. dalam kul 11 lebeh kteorg da smpai.
Kiteorg menginap kat rumah Along (kakak kepada emakku, anaknya merangkap sepupuku.haha). Aku tido dengan lenanya mlm tuh. pehtu aku bangon lah,
cehh. tak pagi lagy. baru tngah pagi. tido balek. pehtu bangon lagy. haaa.. baru dah siang. hehe


Pagi Raya. waaa. tak syahdu la pagi raya tahon nehh. entah kenape. pehtu tade pon salam and cium tgn my parents.
sessi meminta maaf juge telah dimansuhkan pada hari ituu. huuu.plus, ta dapat solat hari raya :(  (padahal aku heppy.haha)


okayh, dalam pukul 8.30 kteorg pon berangkat menuju ke destinasi seterusnya.(menuju ke destinasi yeah yeahh -lagu by siti nurhaliza. haha)
papa membuat keputusan utk melalui jalan pintas tapi memudaratkan aku! waaa. balek ikot jalan cameron highlands. bengkang bengkok pnye jalan. lgpon mmg na pegy ziarah opah saudaraku di sane. opah Zainab (look alike my late grandmother-OPAH, sebab opah zainab ialah kakak arwan OPAH)

dalam keta unser, kakak aku yg drive. isi keretanya ialah mama, aku, angah, alyaa, abdullah. aku dan alyaa dalam perjalanan tuh
da mcm pompuan mengandong kali pertama jea. nak termuntah isi perot tp tak keluar, pening2 lalat. HAHA.lame ohh jalan bengkang-bengkok ituu. ade lah selama dua jam perjalanan kowt.
but perjalanan ke sana mmg sgt best la. bukak tingkap jea. bapak sejok! suke oh! kt tmpat tinggi en. awan pon ade. so lalu dekat awan tuhh. sgt best!

di'short'kan cerita, smpai kelantan kul 11.30. kiteorg tdor kt umah ayah ngah kt pengkalan chepa.
one fact: aku berdarah manis, jadi byk la nyamuk2 meng'love bite' aku. HAHA XD
sepanjang di kelantan. aku beraya diruma Mak Da, umah mentua Abe, umah Su Yah.
raya sakan beb!

weh, korang tau. aku smpai jea umah Mak Da first time tuh. Mak Aihhh, baby bersepah2. haha
subur mubur tol sedara mara aku
nehh.

my favourite anak saudaraku ialah Muhammad Naufal. anak Kak Farah (sepupu).
Subhanallah, comel dia tak terkata, nakal dia tak terkira, kalau aku dukung dia, kaki dia mmg tak leh dok diam.
mmg ganas. tp tak penah menanges. tu paling aku suka oh! sayang Naufal cgt2. makcik harap Naufal takan membesar.
biar besar tu saje. makcik leh dukung Naufal. HAHA XD

hari raya ke tiga lagy syok, pergi umah mentua Abe kat Bachok. Bachok dekat ngan pantai.
ape lagi, teruja betol la aku nak pegi. eh eh, kat sane, aku rapat tol ngan SHAHRIL FITRI (anak ayah ngah) budak berumor 6 tahon yang petah bercakap,
aku pulak kena ghoyak kelate lahh. besh gakk, :)
haaa, ruma depan pantai tuh, nak menyampai ke sana lame ohh. dalam perjalanan kt sane plak, ALLAH menimpakan sedikit ujian kecil,
kereta akak nak abeh minyak, da lah hujan agak lebat kt luar. haiyaa, kecut perot aku. dalam hati pikir, ' aku tanak tolak keta dalam ujan neh'
tp alhamdulillah, ALLAH turunkan pelangi dan hujan pun berhenti dan jumpe la MINI STATION MINYAK berdekatan.

smpai je kt rumah tuh, bukan nk gi salam2 org rumah, tapi kami semua pergi menuju ke pantai utk bermandi manda.
sagt2 teruja. aku berlari2 di persisiran pantai. sgt indah. budak2 tuh plak lgy la bertabur teruja sgt. HAHA
aku mandi separuh jea. tak mandi sume. da balek dari pntai tuh plak agak senja laa (pantai depan rumah jea) seratus langkah da smpai.
mase tuh waktu maghrib. baby kt situ rmai la. ade dlm 4 org. mak bapak diorg neh mengutuskan kteorg supaya menjaga anak2 mereka,
sementara mereka pergi solat. aku jage Naufal, angah jage Najmi, kwan angah (kak Najla) jage ade seorg budak yg x dikenali identitinya.
gilir2 la. Najmi pling susah nk jage. suka sgt mnanges, tp sng je nk bg dia behenti nanges, tgkap gmba dia, dia snyap la, budak neh suka bergmbar.
hahaha. lawak ohhh! XD

oke2, dah penat neh menulis. kiteorg balek KL pada malan raye ke 4.
conclusion : Raya taon neh sgt super duper best!

one fact ; malas nk letak gmba byk2

Friday, September 18, 2009

kad raya.



kad raya. tradisi setiap tahun. walaupun ade cara yg lagi mudah sekarang, takan ku lupekan cara tradisional ini. yang lebih bermakna ! kn ?

kad raya tak beli lagy, tuk kawan2ku yang tercinta. :)
sabar yea kawan2. insyaALLAH akan ku tulis juga nanti.


ape-ape pon, ni antara soalan yang bakal aku tulis/tanye korang dalam kad raya yang aku post kan :

- raya kat mane?
- baju raya bape pasang + warna ape?
- aku nak duet raya dari korang.
- kampung korang kat mane?
- balek kg bila?
- nak datang raya umah korang
- bg ucapan selamat hari raya
- suruh korang balas kad raya aku

ini la isi kad raya aku, so please.. jawab la dgn sejujur2nya.. ok?
HAHA XD



p/s : bosan nih, tu tulis bnda merapu nehh. haiya.  
  

Thursday, September 17, 2009

Aidilfitri

aidil bukan lah name pakwe aku, fitri bukan name suamiku.
jadi sebelum korang salah faham. baek aku bgtau. HAHA
aidilfitri, oh sudah sebulan sekejapnye aku menunggu kehadiranmu.
sungguh seronok + excited menyambutmu.
setelah sekejapnye berpuasa di bulan ramadhan al mubarak.
akhirnya, kau datang dengan diundang. :)

ohh, di aidilfitri / syawal, aku akan balek kampung .
walaupun dah takde nenek mahupun atok.
aku ialah cucu yatim piatu :(
(nak nenek ngan atok!, sesape nk kongsi tak?)
lupekan kisah sedih itu sebentar ya :)

haaa, this year, aku menyambut kemenangan dalam berpuasa selama sebulan di KELANTAN dan PERAK.
sangat besh jmpe saudara mara! :P
hari raye pertama :
aku bertolak menuju ke KELANTAN, hingga raya ketiga berada di sane.
hari raye keempat:
aku balek menuju ke PERAK, sekejap je kat perak, dua hari jea.
oke lah, mau cakap sumthing nehh.

SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN 
 
bagi rakan rakan yang mengenali dirku ini :)

'abang, saya mintak maaf dan batin yaw' kata afifah kepada bakal suaminya. HAHA XD

Impian empat orang sahabat

mase nih dalam kelas 5 sc theta di SMK DARUL EHSAN.
hoho. aku, athirah, amalina ngan aliah dok satu group.
ape lagy kteorg buat, bergossip larh. haha. GOSSIP GIRLS. ngeh3.

suddenly, ckp pasal something yg menerujakan aku!
haha, 
si athirah neh pndai wat kueh lapis. ade la dia pnh bwak skola bg kteorg rase.
sedap ah. da lah warne warni en.. 
then, dia ckp dia nk bukak kedai mase da besar nnt,kirenya ni impian dia arhh.

lepas dia ckp cmtuh en, waaa, tetibe jea otakku berfikiran dgn sgt pantas. mcm2 idea terbit dalam otakku lps athirah ckp cmtuh.

we are planning to open a shop,nk wat business same2 arh ni, business partner...
:D
 ohh, sgr teruja. sume keempat2 kteorg nih cm da decide la gak nk smbung stdy dlm bidang ape en, meh tgok list bwah nie


afifah - interior designer (hahaha, berangan jap)
athirah - dia pndai math, dia leh masak
aliah - businesswomen
amalina- pakar pemakanan

bisnes yang tak di jamin akan mendapat keuntungan ini ialah sebuah kedai or shop yang comel. hehe.
cmne eh nk terangkn ? 

cmni lah, kteorg nih nk wat sebuah kedai yg comel dan menarik perhatian.
(sume org klu nk wat bisnes akan pikir cmni)
 HAHA

kedai neh tema dia kueh lapis. ohh. kueh lapis warne warni.
aku nih fikir cmne nk buat design kedai tuhh. and nk komersialkan kedai tuh jea
fullamakk. besar impian! pedulik hape. angan2 yang mungkin akan jd kenyataan kami berempat!
 

the conclusion ; korang ta dapat imagine ape yang ade dalam kepala otak ku skrg!